Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2020

Happy birthday my dear

Assalamualaikum suamiku, Selamat ulang tahun sayangku . Kasihku , Terima kasih untuk segalanya , Yang sentiasa berada di sisiku, Yang ada tika senang dan susah, Yang memaafkan kesilapanku . Aku tahu Diri ini tak sempurna untuk dirimu Sentiasa merimaskanmu dengan manjaku Sentiasa menyusahkanmu dengan rajuk ku Dan Yang pernah melukai hatimu Tapi sayang selagi namaku sebagai isterimu, Aku cuba sedaya upayaku menjaga maruahmu . Aku juga cuba sedayaku untuk menjadi satu satunya yang terbaik dalam hidupmu sayang . Maafkan diri ini Andainya aku selalu menggangu dirimu Yang merajuk tak kira kira waktu Yang sentiasa cemburu tak bertempat , Kerana hati ini terlalu mencintaimu Mungkin kau tidak akan percaya Kerana aku pernah mungkirnya satu ketika dulu. Kerana aku pernah hancurkannya . Aku tahu suatu yang hancur sukar untuk dicamtum seperti sedia kala . Tapi izinkan aku untuk buktikan padamu , Kerana seluruh jiwa ragaku telah aku serahkan padamu . Kaulah sahaba